Isnin, 16 November 2020

Sherlock Holmes



Hanyalah cerita khayalan pengarang.
Walaupun nama watak serupa iaitu Sherlock.
Karya asal Sherlock ditulis oleh Sir Arthur Conan Doyle bermula tahun 1887. Mengandungi 4 Novel (cerita yang panjang) dan 56 cerita pendek.
Penceritaan yang dibuat oleh Arthur Conan Doyle mengisahkan Sherlock dan rakannya Dr Watson menyiasat pelbagai misteri.
Dr Watson menulis dan mencatatkan kes-kes mereka. Ibaratnya Dr Watson yang menulis dan menerbitkan buku Sherlock Holmes.

Buku yang berjudul Saya Sherlock pula menceritakan kisah Sherlock semasa kecil. Siri ini bukannya karya asal Sherlock, tetapi ditulis oleh penulis misteri yang menamakan Irene Adler.
Dalam karya asal Sir Arthur Conan Doyle ada watak Irene Adler iaitu seorang perempuan yang menjadi seteru kepada Sherlock.

Seterusnya Komik Sherlock yang diadaptasi dari filem Sherlock.
Gempak Stars hanya sempat menerbitkan 3 siri sahaja dalam bahasa Malaysia.
Mereka yang membuat skrip cerita ini ialah Mark Gatiss, Steven Moffat dan Stephen Thompson.
Siri cerita ini mula ditayangkan pada bulan Julai 2010 sehingga Januari 2017.
Jalan cerita mengambil inspirasi dari Karya Sir Arthur Conan Doyle tetapi dalam versi yang moden. Menyelesaikan kes menggunakan bantuan internet dan gajet.
Persamaannya ialah Dr Watson menulis cerita penyiasatan yang dialaminya bersama Sherlock di Blog.

Kesimpulannya, Sherlock tidak akan dikenali kehebatannya jika tiada yang menulis pasalnya. Peranan Dr Watson dan Irene Adler menulis mengenai Sherlock menyebabkan beliau dikenali.  Setiap dapatan dan penyelesaian  kes mereka tulis dan  catat dengan baik. 

Maka, marilah kita mengambil "ibrah" dari kisah  buku cerita ini, dengan sentiasa mencatat dan menulis peristiwa, program dan aktiviti yang bakal atau telah dilakukan.
Nak catat di manakah ?
Selain di dalam gajet masing-masing, tentunya di dalam buku seperti jurnal, diari dan planner. 

Permai Di Hati ada  membuka tempahan  planner Ajaib. Jom beli. Nanti catatlah kat dalam planner ajaib Permai. 

Boleh order Planner Ajaib Permai kat link : 
 http://www.wasap.my/601129290975/SayaMahuPlanner
http://www.wasap.my/601129408819/SayaMahuPlanner

*Alang-alang dah bercerita pasal Sherlock, yang karya asalnya ditulis oleh Arthur CONAN Doyle. Gosho Aoyama dari Jepun menerbitkan komik Detektif Conan  yang nama Conan diinspirasi dari nama penulis Arthur Conan Doyle tersebut. 



#PermaiMenulis #GengPermai #arthurconandoyle #sherlockhomes #Conan #Planner #PlannerPermai

Selasa, 16 Jun 2020

Buku Muqaddimah Aqidah Muslimin.


https://youtu.be/QW9MUu6-HEM
Siri baca tajuk buku
Buku Muqaddimah Aqidah Muslimin.
Penulis seorang tokoh yang tidak asing lagi bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia gerakan Islam.
Aqidah sangat penting. Rosak Aqidah rosaklah segala amalan yang lain. Isu yang lain ialah berlakunya pertembungan aliran mazhab Aqidah sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman umat Islam.
Saya sangat sarankan untuk miliki dan hadam buku ini.

Buku Cherita2 Tanah Melayu

Buku Cherita2 Tanah Melayu


Siri baca tajuk buku.
Moga dengan mula membaca tajuk buku akan bersambung membaca isi dalamnya.
Buku Cherita2 Tanah Melayu
Keluaran 1960. Terbitan DBP
Jemput subscribe channel ni.

Isnin, 18 Mei 2020

Buku Anak Raja dengan Anak Papa

Sempena Hari Buku dan HakCipta Sedunia, Jom Baca Bersama pada  jam 11:00 pagi. 



Saya memilih untuk membaca buku Anak Raja dengan Anak Papa. Buku karya Mark Twain diterjemahkan oleh Pendeta Za'ba yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Za'ba selesai menterjemahkan buku ini pada tahun 1937. Selepas 20 tahun kemudian, barulah terjemahan ini diterbitkan. 
Menariknya, buku Anak Raja dengan Anak Papa adalah "BUKU PERTAMA" yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1958.

Ayuh, kita jadi insan yang suka membaca. Kita buktikan bahawa Malaysia 'Negara Pembaca'.

#PermaiMenulis
#PermaiBaca
#PermaiCare
#Malaysiaku
#Hapuscovid19
#StayHome
#JomBacaBersama10Minit2020
#KLBaca
#KLWBC2020
#BangsaMembacaBangsaBerjaya
#MalaysiaMembaca
#DudukRumahBacaBuku
#DudukDiRumah
#dewanbahasapustaka
#dbp

Khamis, 2 Ogos 2018

Anak Malaya di Republik Turki

Saya ada membaca buku berjudul Anak malaya di Republik Turki yang ditulis oleh Thaqib Shaker. Penulis menceritakan selepas tamat diploma di Kolej Islam Antarabangsa, beliau tidak berjaya mendapat tempat di Ipta.
Kemudian secara tidak dirancang beliau memohon untuk  mendaftar masuk  ke Universiti di Turki dan permohonannya berjaya. Peringkat permulaan beliau hanya bertahan selama sebulan sahaja di Turki sebelum pulang semula ke Malaysia kerana motivasi, mental dan fizikalnya kecundang.
Di Malaysia beliau memasuki MSU di Shah Alam dan hanya bertahan selama seminggu. Kemudian beliau mencuba nasib di OUM, sama juga natijahnya. Hanya bertahan seminggu sahaja. Akhirnya beliau ke UNISEL dan bertahan selama setahun. Tanpa alasan yang kukuh beliau berhenti dari UNISEL walaupun mendapat pointer yang memuaskan.
Akhirnya beliau bertekad untuk menyambung semula pengajian di Turki, dan pergi semula ke Ankara Tomer, pusat menuntut bahasa Turki di bawah kelolaan Universiti Ankara. Kemudian beliau ditawarkan ke Universiti Gediz di Izmir. Rupanya tabiat suka bertukar tempat belajar bukan berlaku di Malaysia sahaja, termasuk di Turki, setelah setahun di Universiti Gediz beliau berpindah masuk ke Universiti Yasar di Bolge.

Membaca kisahnya, saya agak teruja dan andaikan mudahnya nak masuk dan bertukar-tukar universiti di Turki.
Ada yang berminat nak belajar di sana ?



FB : https://www.facebook.com/alfaqirazraie/


#PermaiMenulis #IPTA #IPTS #belajar #anakmalayadirepublikturki

Sabtu, 27 Januari 2018

Timulak Kapal Perang

Timulak Kapal Perang

Sebuah novel remaja yang ditulis oleh Azmah Nordin. Mendapat tempat ketiga peraduan Anugerah Novel Sejarah Kebangsaan 1988. Uniknya tiada pemenang untuk tempat pertama dan kedua.
Novel ini mula diterbitkan pada tahun 1989 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Kemudiannya dicetak beberapa kali. Pernah digunakan sebagai buku komsas tingkatan dua.
Saya mempunyai novel keluaran 1989 yang dibeli di kedai buku BACA Temerloh.
Cetakan tahun 1989

Cetakan tahun 2008


Sinopsisnya saya petik dari blog : http://duniapuisiku.blogspot.my


Andayu, Unong, Suri dan Sirah adalah anak-anak gadis di daerah Inanam yang berani dan bersemangat waja dalam menentang penjajah Inggeris. Mereka berjuang bersama-sama dengan pejuang yang lain di bawah pimpinan Penghulu Inanam, iaitu Paduka Mat Salleh. Penduduk Inanam tidak senang dengan tindak-tanduk penjajah Inggeris yang memaksa mereka membayar cukai. Dalam pertempuran dengan pihak Inggeris di Pulau Gaya, pengikut Paduka Mat Salleh berjaya menewaskan pihak Inggeris. Pihak Inggeris kemudiannya bertindak balas dengan membakar harta benda orang kampung. Selepas itu, pihak Inggeris menyerang kubu kuat Paduka Mat Salleh di lereng Gunung Kinabalu.
Dalam pertempuran tersebut, banyak askar upahan Inggeris yang mati. Namun, Paduka Mat Salleh mengarahkan para pengikutnya supaya berundur ke tempat yang lebih selamat. Dia ingin menyusun strategi pertempuran bagi menghadapi kemungkinan serangan daripada pihak Inggeris kelak.

TEMA

Tema bagi novel ini ialah perjuangan seorang gadis remaja dan rakan-rakannya dengan memberi kerjasama kepada Paduka Mat Salleh dalam perjuangan membebaskan bangsa dan tanah air daripada penjajah Inggeris.
Dalam novel ini, watak utama Andayu dan beberapa orang rakannya telah berjuang membebaskan bangsa dan tanahairnya daripada cengkaman penjajah Inggeris semasa campur tangan Inggeris di negeri Sabah. Penjajah Inggeris yang bernaung di bawah Syarikat British Borneo Utara. Andayu menerima tentangan hebat daripada bapanya yang tidak menyokong perjuangannya itu. Walaubagaimanapun, Andayu dan rakan-rakannya telah berjaya menentang penjajah Inggeris hasil daripada semangat keberanian, kegigihan dan semangat patriotik yang padu dalam diri mereka beserta bantuan Paduka Mat Salleh dan orang-orangnya.



WATAK UTAMA

ANDAYU
(a) Berusia 15 tahun.
(b) Anak yatim piatu.
(c) Berbadan langsing dan cantik.
(d) Taat pada perintah Tuhan.
(e) Berani dan kuat semangat.
(f) Tetap pendirian.
(g) Rajin.
(h) Antipenjajah.

WATAK SAMPINGAN
PADUKA MAT SALLEH
(a) Penghulu di daerah Inanam.
(b) Berketurunan bangsawan.
(c) Handal dalam ilmu persilatan dan ilmu batin.
(d) Bijak mengatur strategi peperangan.


HALIPAN
(a) Anak saudara Paduka Mat Salleh.
(b) Tubuhnya tegap dan tinggi.
(c) Handal bersilat dan menggunakan senjata.
(d) Bersemangat tinggi untuk berjuang.

PAK CIK TIDUNG
(a) Bapa saudara Andayu.
(b) Peniaga garam di desa.
(c) Bengis dan panas baran.
(d) Berani.
(e) Berjaya membunuh Jones.

MAK CIK MALA
(a) Emak saudara Andayu.
(b) Pembantu rumah Paduka Mat Salleh.
(c) Memelihara Andayu sejak kecil.
(d) Penyayang.
(e) Pandai bercerita.



AYAH ANDAYU
(a) Asalnya nelayan.
(b) Kemudiannya menjadi penolong pegawai pemungut cukai bagi pihak Inggeris.
(c) Penyayang.
(d) Sensitif dan mudah tersinggung.
(e) Meninggal dunia kerana dipatuk ular senduk.

DAYANG BANDAN
Dayang Bandan ialah Puteri Bangsawan Sulu dan ibu saudara kepada Sultan Jamalul Kiram, Sultan Sulu. Dia juga merupakan isteri Datu Paduka Mat Salleh. Dia memiliki pelbagai ilmu seperti ilmu kebal, ilmu penunduk dan ilmu penggerun. Selain itu, Dayang Bandan berkebolehan menguasai orang halus dan orang bunian, malahan segala ilmu itu diturunkan pula kepada suaminya Datu Paduka Mat Salleh. Puteri bangsawan ini dipantangkan memijak tanah kerana jika dilanggar, keluarganya akan ditimpa bencana.

NILAI

(a) Keberanian.
Nilai keberanian telah digambar oleh pengarang menerusi watak-watak seperti Andayu serta rakan-rakan seperjuangannya. Keberanian mereka berjuang menentang pihak Inggeris serta konco-konconya menyerlah. Begitu juga dengan keberanian pejuang-pejuang seperti Datu Paduka Mat Salleh, Pak Cik Tidung, Pak Cik Ali, Pak Cik Jonan dan ramai lagi semasa berjuang menentang campur tangan orang-orang Inggeris.

(b) Kerjasama.
Pengarang berjaya menonjolkan nilai kerjasama menerusi novel ini. Semangat kerjasama digambarkan melalui watak pengikut-pengikut Datu Paduka Mat Salleh dalam menghadapi sesuatu kesukaran atau rintangan. Misalnya semasa bertempur, ada yang bertempur dan ada pula yang merawat mangsa yang tercedera.

(c) Kebijaksanaan.
Sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat memerlukan kebijaksanaan seseorang menilai kembali tindak tanduknya. Andayu merupakan gambaran tentang kebijaksanaan seorang gadis dalam menghadapi detik-detik perjuangannya. Kebijaksanaannya boleh dilihat apabila dia berjaya mendapatkan maklumat tentang penangkapan Pak Cik Tidung.

(d) Kesabaran.
Kesabaran Andayu serta rakan-rakannya semasa bersembunyi di celah-celah daun simpur berhampiran pangkalan untuk menyiasat peristiwa penangkapan Pak Cik Tidung serta pengikut-pengikutnya. Kesabaran mereka banyak membantu Datu Paduka Mat Salleh mengatur strategi seterusnya.

(e) Kesetiaan.
Semangat setiakawan negara ini merupakan satu nilai yang ingin disampaikan oleh pengarang. Menerusi watak Andayu, Halipan, Datu Paduka Mat Salleh, Pak Cik Tidung dan Haji Utih dapat kita lihat bagaimana nilai tersebut digambarkan. Misalnya, Andayu merupakan watak yang banyak membantu Datu Paduka Mat Salleh kerana semangatnya yang cintakan negara dan tidak mahu orang Inggeris menjadi tuan di daerahnya. Begitu juga dengan Haji Utih, yang bukan sahaja menyumbangkan tenaganya tetapi juga memberikan sumbangan moral dan material kepada pasukan pejuang keamanan secara sukarela.

(f) Kasih sayang.
Perasaan kasih sayang ini telah digambarkan oleh pengarang melalui beberapa watak. Perasaan kasih dan sayang seseorang bapa kepada anaknya, perasaan kasih ibu saudara kepada anak saudaranya, perasaan kasih isteri kepada suami dan perasaan kasih sayang sesama ahli masyarakat, semuanya dapat dilihat dengan jelas dalam novel ini dan digarap dengan baik serta berkesan.

LATAR

1. Latar Masa
- Karya ini memaparkan latar masa lalu, iaitu zaman campur tangan Inggeris di negeri Sabah. Peristiwa-peristiwa yang digambarkan hanya berlaku dalam masa beberapa hari sahaja tetapi melalui teknik imbas kembalisama ada secara penceritaan atau ingatan watak-watak, pengarang membawa ceritanya ke satu latar masa yang terdahulu, misalnya sebelum kematian bapa Andayu.

2. Latar Tempat
- Daerah Inanam, Ranau, Sungai Sugut, Mengkabung, Gunung Kinabalu, Pulau Gaya, Sandakan. - Di rumah Paduka Mat Salleh, rumah Andayu, kubu di lereng Gunung Kinabalu, kota Pulau Gaya.

3. Latar Masyarakat
- Latar masyarakat dalam novel ini merujuk kepada masyarakat Bajau yang diketuai oleh Datu Paduka Mat Salleh, penghulu di daerah Inanam dan menjadi pejuang dalam menentang campur tangan Inggeris di Sabah. Masyarakat ini berpecah menjadi dua kelompok, iaitu yang menentang pihak Inggeris dan kelompok yang menjadi penyokong orang-orang Inggeris. Pengarang juga memaparkan masyarakat orang asli yang menjadi askar upahan orang-orang Inggeris semasa menentang Datu Paduka Mat Salleh serta pengikut-pengikutnya



PLOT

(a) Permulaan - Andayu dan rakan-rakannya secara sukarela menganggotai pasukan keamanan di bawah pimpinan Paduka Mat Salleh.

(b) Konflik - Ayah Andayu tidak suka Andayu menyertai pasukan keamanan sebaliknya dia mahu Andayu memupuk sifat-sifat kewanitaan dalam diri. Pak Cik Tidung mendesak Paduka Mat Salleh menentang pihak Inggeris secepat mungkin.

(c) Klimaks - Pengikut Paduka Mat Salleh bertempur dengan pihak Inggeris di Pulau Gaya untuk membebaskan Pak Cik Tidung dan rakan-rakannya yang dipenjarakan. Pihak Inggeris bertindak balas dengan menyerang daerah Inanam. Kemudiannya pihak Inggeris menyerang pengikut-pengikut Paduka Mat Salleh di lereng Gunung Kinabalu.

(d) Peleraian - Pihak Inggeris mengalami kekalahan ketika bertempur dengan pengikut-pengikut Paduka Mat Salleh di lereng Gunung Kinabalu. Walaupun pihak Inggeris berundur, Paduka Mat Salleh mengarahkan para pengikutnya berpindah ke kawasan yang lebih selamat untuk bersiap sedia menentang pihak Inggeris kelak.

Ulasan saya : 
-Perjuangan bukan hanya orang yang tertentu sahaja, misalnya hanya orang lelaki, hanya orang dewasa. Tetapi semua pihak termasuk remaja dan orang perempuan.
-Kesedaran perlu dibentuk sejak dari awal, terutama ketika di zaman remaja lagi.
-Jika ada kehendak dan keinginan untuk berjuang, segala macam ranjau dapat diatasi.

Buku-buku seperti ini sangat baik untuk dibaca, berbanding novel-novel yang hilang jati diri bangsa, agama serta tidak berpijak di bumi yang nyata.


#PermaiMenulis
#BacaBuku
#novel
#sejarah
#pahlawan

#Perjuangan

Selasa, 19 September 2017

David Copperfield dan Layang-layang

Kalian pernah tahu pasal David Copperfield ?
Kebanyakan mengenali David Copperfield sebagai ahli silap mata.
Saya ingin memetik kisah David Copperfield yang lain.


Saya maksudkan sebuah karya Charles Dickens yang  berjudul David Copperfield diterbitkan pada tahun 1849.

Novel cetakan pertama 1849

Saya telah membaca novel ini ketika bersekolah rendah. Cuma pada ruangan ini, saya tidaklah berhasrat hendak menulis semula novel David Copperfield yang sangat panjang itu.
Kalian boleh dapatkan novel tersebut di kedai buku ataupun boleh mendengar dan melihat filemnya.


Selain menonton filem atau membaca buku. Audio Book juga sangat menarik. Boleh akses dengan You Tube  secara percuma.
Audio Book :


Saya tertarik ketika David tinggal bersama makciknya Betsey Trotwood. Ketika itu David berkenalan dengan Mr Dick.
Mr Dick merupakan kawan baik kepada  makcik David. Perwatakannya yang ‘gila-gila’ tetapi menyenangkan dan cerdas.
Antara perkara menarik mengenai Mr Dick ialah beliau suka membuat layang-layang gergasi dan menulis buah fikirannya di  layang-layang.
Hasrat Mr Dick, apabila  menerbangkan layang-layangnya, orang ramai akan dapat membaca apa yang ditulisnya.


 Watak Mr Dick dan layang-layang gergasi yang penuh dengan tulisan

Suatu idea yang menarik di era tahun 1800 an. Antara kaedah yang kreatif untuk menyebarkan penulisan.

Zaman kini, jauh lebih mudah dan terdapat banyak medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan tulisan.
Sudah tentu di Media sosial yang pelbagai selain di media bercetak.
Oleh itu, mari kita sama-sama menulis dan menyebarkan tulisan kita kepada khalayak. Semoga ada manfaatnya.


#PermaiMenulis
#DavidCopperfield
#Menulis