Selasa, 19 September 2017

David Copperfield dan Layang-layang

Kalian pernah tahu pasal David Copperfield ?
Kebanyakan mengenali David Copperfield sebagai ahli silap mata.
Saya ingin memetik kisah David Copperfield yang lain.


Saya maksudkan sebuah karya Charles Dickens yang  berjudul David Copperfield diterbitkan pada tahun 1849.

Novel cetakan pertama 1849

Saya telah membaca novel ini ketika bersekolah rendah. Cuma pada ruangan ini, saya tidaklah berhasrat hendak menulis semula novel David Copperfield yang sangat panjang itu.
Kalian boleh dapatkan novel tersebut di kedai buku ataupun boleh mendengar dan melihat filemnya.


Selain menonton filem atau membaca buku. Audio Book juga sangat menarik. Boleh akses dengan You Tube  secara percuma.
Audio Book :


Saya tertarik ketika David tinggal bersama makciknya Betsey Trotwood. Ketika itu David berkenalan dengan Mr Dick.
Mr Dick merupakan kawan baik kepada  makcik David. Perwatakannya yang ‘gila-gila’ tetapi menyenangkan dan cerdas.
Antara perkara menarik mengenai Mr Dick ialah beliau suka membuat layang-layang gergasi dan menulis buah fikirannya di  layang-layang.
Hasrat Mr Dick, apabila  menerbangkan layang-layangnya, orang ramai akan dapat membaca apa yang ditulisnya.


 Watak Mr Dick dan layang-layang gergasi yang penuh dengan tulisan

Suatu idea yang menarik di era tahun 1800 an. Antara kaedah yang kreatif untuk menyebarkan penulisan.

Zaman kini, jauh lebih mudah dan terdapat banyak medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan tulisan.
Sudah tentu di Media sosial yang pelbagai selain di media bercetak.
Oleh itu, mari kita sama-sama menulis dan menyebarkan tulisan kita kepada khalayak. Semoga ada manfaatnya.


#PermaiMenulis
#DavidCopperfield
#Menulis






Isnin, 11 September 2017

Buku Penyiasatan

Anda biasa dan sukakan misteri?
Kerja detektif adalah untuk menyelesaikan misteri. 


Koleksi buku dan komik penyiasatan di kebun saya


Ketika zaman sekolah saya membaca hampir kesemua jenis buku cerita penyiasatan. 
Tiga penyiasat, 5 sekawan, Anak-Anak Hadi (Hardy Boys), Nancy Drew, 7 penyiasat.
Saya juga telah mula membaca novel Sherlock Holmes sejak dari sekolah rendah lagi.
Siri Hercule Poirot juga saya berkesempatan membeli dan membacanya. Cuma hanya beberapa edisi terjemahan yang kebetulan berjumpa di kedai buku.

Komik-komik penyiasatan lagi la pulaknya. 
Komik Penyiasat Remaja dan Detektif Conan antara yang popular.
Cuma yang tak bestnya sebab bersambung-sambung episodnya. 
Part Misteri tengah Klimak, dan..dan bersambung ke siri komik akan datang. Kena pulak tunggu bulan depan. Jem krem sungguh. Haha.

Dalam tahun 2009/2010 Saya ada membeli 3 buah buku karya John Grisham, edisi terjemahan bahasa melayu keluaran PTS. Lagi dahsyat ceritanya. Main dengan Presiden sesebuah negara dan ejen-ejen seperti CIA.

Tahun sudah (2016) syarikat buku PTS menerbitkan buku Saya, Sherlock dan Lupin. Walaupun buku tersebut diletakkan di ruang bahagian remaja. Tetapi saya tidak ketinggalan untuk memilikinya. 

Baru-baru ini (tahun 2017) ada pula siri komik Sherlock keluaran Gempak Starz. Sangat menarik untuk dibaca. Watak Sherlock tetapi di era kontemporari.

Jika ada sesiapa yang tahu mana-mana lagi buku penyiasatan dijual.. kabo la. Sebab agak susah untuk mendapatkannya di toko buku.


#PermaiMenulis
#detektif
#misteri

Ahad, 10 September 2017

Mat Som Makan Sup Kambing


Malam ini hujan lebat mencurah-curah di tempat kome. Suasana hujan cukup menenangkan. Titisan air yang turun menimpa atap mencipta rentak bunyi yang mengisi kegelapan malam.
Suasana hujan sambil mendengar bunyi rintik hujan, atau kalau hari siang melihat titisan air hujan turun ke bumi, biasanya saya akan layan hujan dengan membaca buku atau menulis (kononnya  lah menulis. Buktinya tulisan yang kalian baca ini. Huhu.)

Layan hujan juga lebih syok jika ada secawan kopi dan semangkuk sup. Fuh! Memang terbaik.

Sebut pasal sup time hujan ni. Tetiba saya teringat cerita Mat Som. Sebuah kartun (komik) karya Lat yang mula diterbitkan pada tahun 1989. Saya mula membaca kartun tersebut sejak dari sekolah rendah lagi.
Sekarang pun saya ada menyimpan kartun Mat Som sebagai koleksi perpustakaan kecil di rumah yang saya jenamakan sebagai Kebun Azas.

Kover kulit belakang Kartun Mat Som. Kelihatan Mat Som yang basah kuyup menghirup sup kambing.


Saat ini, sementara hujan masih lagi turun membasahi bumi, saya ingin petik scene ketika Mat Som basah kuyub dek kehujanan. “sejuk-sejuk macam ni, kalau kena sup kambing bagus jugak ni”

Kebetulan pula, Cerita Mat Som dilakonkan dilayar filem pada tahun 1990. Lakonan Imuda (Mat Som) dan Datin Tiara Jacquelina.

Saya petik sedutan filemnya : https://youtu.be/je7pc3VwT-Y
(Filem agak sosial sikit.Huhu)


Sebenarnya banyak iktibar dan pengalaman terkandung dalam karya Lat. Terutama berkait dengan kehidupan di kampung dan bandar. Kebanyakan karya Lat adalah berdasarkan pengalaman peribadi beliau sendiri. 
Mengikut informasi, selepas 30 tahun berlalu, Datuk Lat akan mengeluarkan Mat Som 2 pada tahun ini. Sama-samalah kita menanti. 

Sumber :

#PermaiMenulis
#supkambing
#hujan


Jumaat, 8 September 2017

Perpustakaan dan buku


Melihat susunan  rak-rak yang penuh dengan buku cukup mengujakan. Impian saya untuk mempunyai perpustakaan sendiri yang manfaatnya dapat dikongsi bersama.

Ketika zaman sekolah, saya tidak berpeluang bertemu dengan perpustakaan yang begitu mengujakan.
Kebanyakannya hambar dan suram.
Ketika di sekolah rendah, perpustakaan sekolah terletak di bilik yang kecil. Hanya mempunyai satu sahaja almari buku.
Ketika di sekolah menengah. Nasib saya bersama perpustakaan sekolah juga tidak begitu menarik. Perpustakaan yang sentiasa tutup. Koleksi buku yang lama, uzur dan tidak menarik.

Saya membaca kisah mengenai kehebatan perpustakaan. Di era kegemilangan Islam pada abad ke 7, Perpustakaan bermula di masjid-masjid.
Antaranya :
1.    Perpustakaan di  masjid Cordova di Andalusia. Mula dibina oleh Putera Umayyah Abd Rahman. Namun kebanyakan khzanahnya musnah ketika raja Ferdinand II memasuki kota tersebut pada 634/1236. Antara yang musnah ialah naskah Mushaf Khalifah Uthman.
2.     Perpustakaan di Masjid al-Qarawiyyin di kota Fez. Mula dibuka pada tahun 750/1349. Terdapat beribu-ribu manuskrip tulisan tangan yang berupa hasil kemenangan perang dengan raja Kristian di Seville.
3.     Perpustakaan masjid Qayrawan di Tunisia. Perpustakaan ini kemudiannya mengalami zaman kegelapan apabila diserang oleh Dinatsi Fatimiyah dari Mesir.
4.     Perpustakaan Masjid Jami’ Syeikh Ibrahim Pasha di Iskandariah. Namun sebahagiannya musnah akibat perang dunia ke II.
5.     Perpustakaan Masjid Abul Abbas Al-Mursi yang dikenali sebagai perpustakaan al-Abbasiyyah.


Saya pernah melihat wawancara dengan Sultan Nazrin yang menceritakan berkenaan perpustakaan peribadi baginda.

Lihat : 

Semoga kome pun berjaya membangunkan perpustakaan suatu hari nanti. Amin.

#PermaiMenulis
#perpustakaan