Selasa, 19 September 2017

David Copperfield dan Layang-layang

Kalian pernah tahu pasal David Copperfield ?
Kebanyakan mengenali David Copperfield sebagai ahli silap mata.
Saya ingin memetik kisah David Copperfield yang lain.


Saya maksudkan sebuah karya Charles Dickens yang  berjudul David Copperfield diterbitkan pada tahun 1849.

Novel cetakan pertama 1849

Saya telah membaca novel ini ketika bersekolah rendah. Cuma pada ruangan ini, saya tidaklah berhasrat hendak menulis semula novel David Copperfield yang sangat panjang itu.
Kalian boleh dapatkan novel tersebut di kedai buku ataupun boleh mendengar dan melihat filemnya.


Selain menonton filem atau membaca buku. Audio Book juga sangat menarik. Boleh akses dengan You Tube  secara percuma.
Audio Book :


Saya tertarik ketika David tinggal bersama makciknya Betsey Trotwood. Ketika itu David berkenalan dengan Mr Dick.
Mr Dick merupakan kawan baik kepada  makcik David. Perwatakannya yang ‘gila-gila’ tetapi menyenangkan dan cerdas.
Antara perkara menarik mengenai Mr Dick ialah beliau suka membuat layang-layang gergasi dan menulis buah fikirannya di  layang-layang.
Hasrat Mr Dick, apabila  menerbangkan layang-layangnya, orang ramai akan dapat membaca apa yang ditulisnya.


 Watak Mr Dick dan layang-layang gergasi yang penuh dengan tulisan

Suatu idea yang menarik di era tahun 1800 an. Antara kaedah yang kreatif untuk menyebarkan penulisan.

Zaman kini, jauh lebih mudah dan terdapat banyak medium yang boleh digunakan untuk menyebarkan tulisan.
Sudah tentu di Media sosial yang pelbagai selain di media bercetak.
Oleh itu, mari kita sama-sama menulis dan menyebarkan tulisan kita kepada khalayak. Semoga ada manfaatnya.


#PermaiMenulis
#DavidCopperfield
#Menulis






Tiada ulasan:

Catat Ulasan