Saya ada membaca buku
berjudul Anak malaya di Republik Turki yang ditulis oleh Thaqib Shaker. Penulis
menceritakan selepas tamat diploma di Kolej Islam Antarabangsa, beliau tidak
berjaya mendapat tempat di Ipta.
Kemudian secara tidak
dirancang beliau memohon untuk mendaftar
masuk ke Universiti di Turki dan
permohonannya berjaya. Peringkat permulaan beliau hanya bertahan selama sebulan
sahaja di Turki sebelum pulang semula ke Malaysia kerana motivasi, mental dan
fizikalnya kecundang.
Di Malaysia beliau
memasuki MSU di Shah Alam dan hanya bertahan selama seminggu. Kemudian beliau
mencuba nasib di OUM, sama juga natijahnya. Hanya bertahan seminggu sahaja.
Akhirnya beliau ke UNISEL dan bertahan selama setahun. Tanpa alasan yang kukuh
beliau berhenti dari UNISEL walaupun mendapat pointer yang memuaskan.
Akhirnya beliau bertekad
untuk menyambung semula pengajian di Turki, dan pergi semula ke Ankara Tomer,
pusat menuntut bahasa Turki di bawah kelolaan Universiti Ankara. Kemudian
beliau ditawarkan ke Universiti Gediz di Izmir. Rupanya tabiat suka bertukar
tempat belajar bukan berlaku di Malaysia sahaja, termasuk di Turki, setelah
setahun di Universiti Gediz beliau berpindah masuk ke Universiti Yasar di
Bolge.
Membaca kisahnya, saya agak
teruja dan andaikan mudahnya nak masuk dan bertukar-tukar universiti di Turki.
Ada yang berminat nak
belajar di sana ?
Channel
: https://t.me/AzraiePermai
FB :
https://www.facebook.com/alfaqirazraie/
#PermaiMenulis #IPTA #IPTS #belajar
#anakmalayadirepublikturki