Jumaat, 8 September 2017

Perpustakaan dan buku


Melihat susunan  rak-rak yang penuh dengan buku cukup mengujakan. Impian saya untuk mempunyai perpustakaan sendiri yang manfaatnya dapat dikongsi bersama.

Ketika zaman sekolah, saya tidak berpeluang bertemu dengan perpustakaan yang begitu mengujakan.
Kebanyakannya hambar dan suram.
Ketika di sekolah rendah, perpustakaan sekolah terletak di bilik yang kecil. Hanya mempunyai satu sahaja almari buku.
Ketika di sekolah menengah. Nasib saya bersama perpustakaan sekolah juga tidak begitu menarik. Perpustakaan yang sentiasa tutup. Koleksi buku yang lama, uzur dan tidak menarik.

Saya membaca kisah mengenai kehebatan perpustakaan. Di era kegemilangan Islam pada abad ke 7, Perpustakaan bermula di masjid-masjid.
Antaranya :
1.    Perpustakaan di  masjid Cordova di Andalusia. Mula dibina oleh Putera Umayyah Abd Rahman. Namun kebanyakan khzanahnya musnah ketika raja Ferdinand II memasuki kota tersebut pada 634/1236. Antara yang musnah ialah naskah Mushaf Khalifah Uthman.
2.     Perpustakaan di Masjid al-Qarawiyyin di kota Fez. Mula dibuka pada tahun 750/1349. Terdapat beribu-ribu manuskrip tulisan tangan yang berupa hasil kemenangan perang dengan raja Kristian di Seville.
3.     Perpustakaan masjid Qayrawan di Tunisia. Perpustakaan ini kemudiannya mengalami zaman kegelapan apabila diserang oleh Dinatsi Fatimiyah dari Mesir.
4.     Perpustakaan Masjid Jami’ Syeikh Ibrahim Pasha di Iskandariah. Namun sebahagiannya musnah akibat perang dunia ke II.
5.     Perpustakaan Masjid Abul Abbas Al-Mursi yang dikenali sebagai perpustakaan al-Abbasiyyah.


Saya pernah melihat wawancara dengan Sultan Nazrin yang menceritakan berkenaan perpustakaan peribadi baginda.

Lihat : 

Semoga kome pun berjaya membangunkan perpustakaan suatu hari nanti. Amin.

#PermaiMenulis
#perpustakaan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan