Malam ini hujan lebat mencurah-curah di
tempat kome. Suasana hujan cukup menenangkan. Titisan air yang turun menimpa
atap mencipta rentak bunyi yang mengisi kegelapan malam.
Suasana hujan sambil mendengar bunyi rintik
hujan, atau kalau hari siang melihat titisan air hujan turun ke bumi, biasanya
saya akan layan hujan dengan membaca buku atau menulis (kononnya lah menulis. Buktinya tulisan yang kalian
baca ini. Huhu.)
Layan hujan juga lebih syok jika ada
secawan kopi dan semangkuk sup. Fuh! Memang terbaik.
Sebut pasal sup time hujan ni. Tetiba saya
teringat cerita Mat Som. Sebuah kartun (komik) karya Lat yang mula diterbitkan
pada tahun 1989. Saya mula membaca kartun tersebut sejak dari sekolah rendah
lagi.
Sekarang pun saya ada menyimpan kartun Mat
Som sebagai koleksi perpustakaan kecil di rumah yang saya jenamakan sebagai
Kebun Azas.
Kover kulit belakang Kartun Mat Som. Kelihatan Mat Som yang basah kuyup menghirup sup kambing.
Saat ini, sementara hujan masih lagi
turun membasahi bumi, saya ingin petik scene ketika Mat Som basah kuyub dek kehujanan.
“sejuk-sejuk macam ni, kalau kena sup kambing bagus jugak ni”
Kebetulan pula, Cerita Mat Som dilakonkan
dilayar filem pada tahun 1990. Lakonan Imuda (Mat Som) dan Datin Tiara
Jacquelina.
Saya petik sedutan filemnya : https://youtu.be/je7pc3VwT-Y
(Filem agak sosial sikit.Huhu)
Sebenarnya banyak iktibar dan pengalaman terkandung dalam karya Lat. Terutama berkait dengan kehidupan di kampung dan bandar. Kebanyakan karya Lat adalah berdasarkan pengalaman peribadi beliau sendiri.
Mengikut informasi, selepas 30 tahun berlalu, Datuk Lat akan mengeluarkan Mat Som 2 pada tahun ini. Sama-samalah kita menanti.
Sumber :
#PermaiMenulis
#supkambing
#hujan


Tiada ulasan:
Catat Ulasan